APA KATA PAKAR PERUBATAN, Bibir mempunyai lapisan perlindungan luar yang amat nipis. Apabila usia meningkat, lapisan yang nipis ini bertambah tipis. Untuk memburukkan lagi keadaan, kulit bibir tidak memiliki kelenjar peluh atau sebum. Tanpa lapisan perlindungan peluh dan minyak semula jadi ini, bibir cepat kering, mudah mengelupas dan menjadi tua lebih cepat berbanding kulit di bahagian-bahagian badan yang lain . FAKTA: Untuk mereka yang berkulit cerah, saluran darah yang boleh dilihat pada bibir membuatkan bibir kelihatan berwarna walaupun ia sebenarnya tidak mengandungi pigmen. Untuk mereka yang berkulit gelap, bibir mengandungi tahap melanin yang tinggi yang membuatkan bibir kelihatan lebih tebal dan saluran darah hampir tidak kelihatan. Lip Balm - Ujian klinikal menunjukkan bahawa satu aplikasi Satin Lips® Lip Balm sahaja sudah berkesan untuk melembapkan bibir sekurang-kurangnya selama enam jam. Lip Mask - Berkesan untuk mengelupaskan sel-sel kulit mati pada permukaan yan...